salam buat semua pengunjung blog ini....
Tujuan Penubuhan
Tujuan sebenar kepada pembinaan blog ini adalah untuk memenuhi kehendak profoma di dalam subjek BMM3105 iaitu singkatan kepada subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Subjek ini merupakan subjek wajib yang harus diambil oleh semua major-major Bahasa Melayu yang belajar di Institut Pendidikan Guru.
Objektif Penubuhan
Objektif kepada penubuhan blog ini ialah untuk berkongsi segala maklumat yang telah dipelajari di dalam subjek BMM3105 tersebut. Melalui blog ini, orang ramai boleh mengakses setiap maklumat yang dimuat naik oleh penulis. Semoga blog ini menjadi medan kepada pengembangan ilmu yang luas.....:)